Mohamad Firdaus Abdullah
27 Januari 2019 3:00 AM
WAN ZACK (kanan) berharap kecederaan yang dialaminya tidak
melibatkan ACL sebaliknya hanya masalah biasa.
PEMAIN tengah Selangor, Wan Zack Haikal Wan Noor berharap
kecederaan yang dialaminya tidak melibatkan ligamen krusiat anterior (ACL) dan
akan menerima keputusan ujian imbasan dalam tempoh terdekat.
Pemain kelahiran Pahang itu mengalami kecederaan ketika
menyertai aksi pramusim menentang Home United Selasa lalu.
Jelasnya, ujian diagnosis pertama seakan memberinya sedikit
harapan dan berharap laporan awal bahawa dia mungkin terpaksa berehat panjang
itu tidak menjadi kenyataan,
“Saya dah buat diagnosis yang kedua dan masih lagi menunggu
keputusannya, namun saya akan cuba kembali pulih sepenuhnya untuk beraksi musim
ini juga.
“Belum pasti lagi saya mengalami kecederaan ACL atau
sebaliknya. Keadaan sekarang saya hanya rasa tidak selesa pada kaki kiri
tetapi tidak merasai sebarang kesakitan.
“Kalau bukan ACL mungkin ia hanya terseliuh sahaja.
“Apabila doktor katakan saya masih mempunyai harapan, semangat
saya kembali berkobar-kobar untuk beraksi bersama Selangor,” katanya ketika
ditemui pada majlis pelancaran jersi Selangor di Petaling Jaya semalam.
Pada masa sama, Wan Zack tidak menolak kemungkinan pasukan
akan menghantarnya menjalani rawatan di luar negara berdasarkan kesungguhan
pihak pengurusan.
“Saya tidak pasti bagaimana tetapi mereka bersungguh-sungguh
dan saya mungkin akan ke sana (luar negara),” katanya.
KOSMO ONLINE 27 Januari 2019 3:00 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan