ARKIB : 18/02/2010
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my
Pemain skuad Harimau Muda A yang
akan berlepas ke Slovakia Sabtu ini, giat menjalani latihan di padang Wisma
FAM, Kelana Jaya, semalam. - UTUSAN/Shaifudin Mohd Nor
PETALING JAYA - Lima pemain yang
dipanggil dari Harimau Muda B, dijangka tidak mempunyai masalah dalam membentuk
persefahaman dengan 20 pemain lain, walaupun hanya tinggal dua hari skuad
Harimau Muda A akan berlepas ke Slovakia.
Jurulatih Harimau Muda A, Azraai
Khor Abdullah berkata, lima pemain itu sebenarnya pernah bersama, semasa
saingan Liga Perdana tahun lalu dan hanya dipisahkan selepas pembentukan skuad
Harimau Muda A dan B.
''Lima pemain yang dipilih ini
sudah memahami bagaimana cara pemain lain beraksi dan boleh membentuk
persefahaman dalam tempoh yang singkat.
''Saya memanggil mereka kerana
kesemuanya berbakat besar, walaupun masih berusia bawah 19 tahun.
''Di samping itu, saya yakin
mereka boleh menyumbang sesuatu kepada skuad ini semasa beraksi pada liga
Slovakia,'' katanya ketika ditemui di Wisma FAM, semalam.
Lima pemain skuad Harimau Muda B
yang terpilih itu ialah Mohamad Fadhli Mohd Shas, Gary Steven Robbat, Mohd
Fandi Othman, A Tamil Arasu dan Wan Zack Haikal Wan Noor.
Manakala lima pemain Harimau Muda
A yang digugurkan ialah Mohd Nazrin Baharudin, Muhamad Zulhariz Mohd Nor ,Ahmad
Aminuddin Shaharuddin, Yusaini Hafiz Chee Saad dan Mohd Shahrul Hafiz Mohd
Shah.
Tiga pemain Harimau Muda A yang
beraksi bersama skuad negara semasa Sukan SEA XXV Laos 2009 ialah Mohd. Muslim
Ahmad, K. Gurusamy dan Mahalli Jasuli.
Azraai juga berkata, persefahaman
antara 25 pemain dalam skuad tersebut umpama adik beradik dan mereka boleh
diibaratkan seperti satu keluarga yang besar.
''Setelah dua tahun mereka
bersama, pemain ternyata saling menghormati.
''Mereka mengetahui kekuatan dan
kelemahan setiap rakan sepasukan.
''K. Gurusamy selaku ketua
pasukan juga dapat memainkan peranannya, dia diterima oleh semua pemain skuad
ini.
''Atas keyakinan itu, saya
percaya mereka mampu beraksi dengan baik di Slovakia nanti, '' katanya.
Pad masa sama, Azraai melaungkan
keyakinan pemainnya sudah bersedia untuk mengharungi cabaran pada liga di
Slovakia, terutama dari aspek fizikal dan mental.
''Segala cabaran dan kesukaran
sudah terangkan kepada pemain, termasuk cuaca di sana, saiz pemain di sana dan
aspek pemakanan,'' ujarnya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz5ZqqJDBsJ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan