Muhd. Ardie Putra Suhaimi
06 Januari 2019 8:39 AM
WAN ZACK mahu beraksi cemerlang
bersama Selangor agar membolehkannya disenaraikan semula dalam skuad Harimau
Malaya musim ini.
PEMAIN lincah, Wan Zack Haikal
Wan Noor percaya keputusannya untuk menyarung jersi Selangor musim ini bakal
mencerahkan peluangnya kembali berada dalam skuad kebangsaan pada tahun 2019.
WAN ZACK mahu beraksi cemerlang
bersama Selangor agar membolehkannya disenaraikan semula dalam skuad Harimau
Malaya musim ini.
Sebagai rekod, Wan Zack merupakan
salah seorang nama besar yang ditandatangani untuk menyarung jersi Merah Kuning
kendalian jurulatih, B. Sathianathan musim ini.
Bekas pemain Felda United itu
percaya, beraksi bersama skuad Gergasi Merah membolehkannya mudah untuk berada
dalam radar Harimau Malaya selepas terlepas kempen Piala AFF Suzuki 2018
baru-baru ini.
“Saya sangat gembira dapat
bersama Selangor musim 2019 kerana peluang untuk menjadi sebahagian daripada
keluarga skuad ini sememangnya sukar untuk dilepaskan.
“Ini kerana, semua tahu sejarah
dan status Selangor sebagai salah sebuah pasukan gergasi yang memiliki aura
tersendiri pada saingan Liga Malaysia (Liga M).
“Apa yang pasti, sasaran saya
musim ini adalah untuk kekal cergas dan segera merebut tempat dalam kesebelasan
utama supaya peluang untuk menyarung jersi Harimau Malaya semakin cerah,”
katanya.
Kali terakhir pemain berusia 27
tahun dipanggil untuk mewakili skuad negara adalah pada aksi persahabatan
antarabangsa Kelas A menentang Fiji pada Julai tahun lalu.
Selain Wan Zack, Selangor yang
kini memasuki era revolusi baharu turut menandatangani beberapa nama besar
seperti Syazwan Zainon, Nurridzuan Abu Hassan, Faiz Nasir dan Farizal Harun.
SUMBER- KOSMO ONLINE 06 Januari 2019 8:39 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan