Fadhilul Izmel Ishak
25 Januari 2019 4:03 PM
KUALA LUMPUR 25 Jan. - Selangor menerima tamparan hebat apabila kehilangan
Wan Zack Haikal Wan Noor biarpun saingan Liga Malaysia (Liga M) 2019 belum
bermula selepas pemain tengah itu mengalami kecederaan Anterior Cruciate
Ligament (ACL).
Ketua jurulatih Red Giants, B. Sathianathan berkata, Wan Zack mengalami
kecederaan itu ketika beraksi menentang Home United dalam aksi persahabatan di
UM Arena, Selasa lalu.
“Nasib saya tidak baik. Apa lagi yang saya boleh buat selain menerima
berita ini. Liga M belum bermula tetapi kami sudah kehilangan seorang pemain.
“Kami tidak mengetepikannya kerana dia akan menjalani rawatan pemulihan.
Dia memerlukan masa selama enam bulan untuk sembuh, dua bulan untuk kembali
cergas beraksi di padang menjadikan lapan bulan keseluruhannya.
“Ramai yang cakap itu kecederaan lama tetapi kecederaan yang dialaminya
sebelum ini tujuh tahun lepas dan kaki yang berbeza sebab kali ini kaki kiri.
"Semua pemain kena bagi sokongan kepada dia kerana moral Wan Zack
ketika ini berada dalam keadaan tidak baik,” katanya. - UTUSAN ONLINE
sumberArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/liga-belum-bermula-malang-sudah-menimpa-1.829217#ixzz5dcbD3zFs
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan