Simpan Artikel
MyMetroArena

Oleh Firdaus
Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
AWAN hitam
yang menyelubungi Selangor sepanjang musim lalu dilihat kembali cerah dan skuad
itu dijangka tampil lebih ampuh menjelang saingan Liga Malaysia musim depan.
Dua penggempur
Red Giants, Rufino Segovia dan Wan Zack Haiqal disahkan bebas daripada kecederaan
serius dan bersedia untuk kembali memperkuatkan pasukan khususnya di jentera
hadapan.
Rufino yang
dinobatkan selaku pemenang Kasut Emas musim 2018 mengalami kecederaan urat
tumit manakala Wan Zack pula mengalami kecederaan ligamen lutut, dengan kedua-duanya
terpaksa diketepikan.
Menurut
pengendali pasukan, B Sathianathan, kehadiran semula dua pemain itu dapat
memberi lebih pilihan dalam kesebelasan utama pasukan.
“Mereka ini
sudah pulih tetapi Rufino saya akan pantau lagi sehingga bulan depan manakala
Wan Zack tak ada masalah dan sedia untuk bermain.
“Kedua-duanya
pemain yang bagus, tetapi mereka tetap kena bersaing dengan rakan sepasukan
lain di bahagian hadapan,” katanya ketika dihubungi semalam
Selain khidmat
dua pemain itu, Red Giants turut memiliki seorang lagi ayam tambatan dari
Nigeria, Ifedayo Olusegun serta beberapa pemain tempatan seperti Syazwan
Zainon, Sean Selvaraj dan Khyril Muhymeen.
Ditanya adakah
akan lebih berhati-hati dalam membariskan pemain pada aksi pramusim bagi
mengelak insiden sama seperti Wan Zack berulang, beliau mengakui tidak akan
‘menyimpan’ mana-mana pemain.
“Ya betul Wan
Zack cedera sebelum Liga Malaysia bermula lagi awal tahun lalu. Tetapi perkara
itu tidak merisaukan saya kerana pemain kena buktikan kemampuan mereka dalam
aksi pramusim.
“Kalau pemain
tak tunjukkan prestasi sebenar dalam pramusim, macam mana mereka nak dapat
kecergasan dan persefahaman. Dalam bola sepak sentiasa ada risiko, kecederaan
boleh datang pada bila-bila masa,” katanya.
Selangor
dijadual menyertai saingan Cabaran Asia 2020 membabitkan tiga kelab rantau ini
iaitu Hanoi FC (Vietnam), Bangkok United (Thailand) dan Persib Bandung
(Indonesia) yang akan berlangsung pada 18-19 Januari ini di Stadium Shah Alam.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Khamis, 19 Disember 2019 @ 6:00 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan