Oleh NOR
AZIRAN YUNUS aziran.yunus@kosmo.com.my
WAN ZACK
(kiri) bersaing dengan pertahanan Myanmar, Thein Than Win pada aksi Pestabola
Merdeka 2013 di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.
SKUAD Harimau
Muda menempah tiket ke final Pestabola Merdeka 2013 selepas berjaya menjinakkan
Myanmar 2-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.
Kemenangan
kedua berturut-turut itu membolehkan Harimau Muda mendahului saingan dengan
enam mata maksimum selepas menang 1-0 ke atas Singapura dalam aksi pertama
Sabtu lalu.
Beraksi di
atas padang kering malam tadi, Harimau Muda menampilkan permainan lebih
tersusun berbanding ketika menentang Singapura.
Seawal minit
ketiga, pemain sayap Harimau Muda, Wan Zack Haikal Wan Nor membuat larian
pantas bagi membelah benteng pertahanan Myanmar, namun rembatan pemain kelab
Ryukyu FC itu tepat ke dakapan penjaga gol Myanmar, Pyaye Phyo Aung.
Tujuh minit
kemudian, perancang Myanmar, Kyi Lin pula mendapat peluang di hadapan pintu gol
Harimau Muda, namun percubaannya sedikit tersasar.
Myanmar
mendapat peluang menerusi sepakan percuma di sebelah kanan pintu gol Malaysia
pada minit ke-15, namun penjaga gol, Mohd. Izham Tarmizi sudah dapat membaca
sepakan kapten Myanmar, Kyaw Zayar Win.
Peluang
terbaik Harimau Muda sekali lagi hadir menerusi Wan Zack pada minit ke-20,
namun sepakan percumanya sekadar menggegar palang Myanmar.
Stadium
bergema apabila pemain tengah Harimau Muda, Putera Nadher Amarhan atau Junior
Eldstal berjaya menanduk masuk gol hasil satu sepakan penjuru pada minit ke-26.
Namun jaringan
itu dibatalkan oleh pengadil dari Singapura, Abd. Malik Abd. Bashir kerana dia
belum mengarahkan sepakan dilakukan.
Memasuki minit
ke-38 berpunca daripada sepakan penjuru, tonggak Myanmar, Nay Lin Tun berjaya
menanduk masuk gol pembukaan perlawanan .
Gol yang
dicari-cari Harimau Muda akhirnya tercipta pada minit ke-64 apabila kapten,
Mohd. Irfan Fazail bijak menyudahkan hantaran Putera hasil sepakan percuma yang
diambil Wan Zack.
Wan Zack
mengesahkan kemenangan Harimau Muda menerusi sepakan percuma yang cukup menarik
pada minit ke-78.
Bagi
pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee, beliau sudah menjangkakan kesukaran
dalam perlawanan menentang lawan kental seperti Myanmar.
"Semasa
rehat separuh masa, saya meminta para pemain melupakan aksi separuh masa
pertama dan bangkit.
"Berkat
usaha keras serta tidak mengenal erti kecewa akhirnya kami mampu membuat
kebangkitan seterusnya menewaskan Myanmar 2-1," katanya.
SUMBERkOSMO
ONLINE 10.9.13
Tiada ulasan:
Catat Ulasan