ARKIB : 23/06/2011
23/06/2011 10:55pm
KUALA LUMPUR 23 Jun - Malaysia tumpaskan Lebanon
2-1 pada pusingan kedua kelayakan bola sepak Olimpik di Stadium Nasional Bukit
Jalil, Kuala Lumpur, malam ini.
Skuad negara membuka tirai jaringan pada minit ke-8
menerusi Mohd Irfan Fazali dan gol kedua oleh Wan Zack Haikal Wan Nor pada
minit ke-41.
Separuh masa kedua pasukan Lebanon menjaring satu
gol melalui Chandie Atie pada minit ke-64 dan selepas itu Malaysia terpaksa
bermain dengan sepuluh pemain apabila Gary Steven Robbart dibuang padang
selepas dilayangkan kad kuning kedua.
Situasi itu memaksa pasukan kebangsaan bertahan
sehingga ke wisel penamat.
Pada pertemuan pertama di Beirut sebelum ini,
kedua-dua pasukan terikat 0-0.
- Utusan
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_38.htm#ixzz5eSCquZoG
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan