Selasa, 18 Disember 2018

Harimau kecundang lagi


ARKIB : 15/03/2010
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my
KUALA LUMPUR - Sudahlah status perlawanan masih dipertikaikan, sentuhan kecundang (0-3) pula terus menimpa Harimau Muda A dalam aksi ketiga menentang MFK Zemplin Michalovce, kelmarin.

Skuad bawah 21 tahun Malaysia itu hanya menyerah dengan atur gerak sepakan sudut lawan dalam perlawanan bola sepak Liga 1 Slovakia.

Jurulatih Harimau Muda A, Azraai Khor Abdullah bagaimanapun mendakwa, keputusan itu mampu dielak atau diperbaiki anak buahnya sehingga mampu meraih seri jika mereka mengekalkan tumpuan sepanjang 90 minit permainan.

"Sebenarnya gol yang dijaringkan lawan pada minit ke-44, 70 dan 90 masih boleh dielak jika pemain sentiasa mengekalkan fokus. Hanya menerusi sepakan sudut, lawan beroleh gol yang turut dibantu oleh ketinggian tubuh mereka.

"Kami bermain dalam keadaan padang astroturf dan cuaca yang bersalji tebal tetapi corak permainan kali ini lebih mantap dan bertenaga. Perlawanan ini nyaris ditunda kerana keadaan itu mujurlah timbunan salji berjaya dibersihkan," katanya menerusi laman sosial, Facebook.

Kelmarin, Harimau Muda A menurunkan kesebelasan utama seperti Zamir Selamat, Mahalli Jasuli, Muslim Ahmad, Faizal Mohamad, Nazri Ahmad, Wan Zack Haikal Wan Nor, Shukur Jusoh, Gary Steven Robbat, K. Ravindran, A. Thamil Arasu dan S. Sivanesan.

Dua perlawanan pada 27 Februari dan 6 Mac lalu menyaksikan anak buah Azraai kecundang 1-4 dan 0-2 kepada Slovan Duslo Sala dan MFK Ruzemberok B dengan Wan Zack Haikal muncul penjaring tunggalnya.
sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz5a2PLLLnX
© Utusan Melayu (M) Bhd

Ahad, 16 Disember 2018

5 pemain Harimau Muda B ke Slovakia


ARKIB : 18/02/2010
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Pemain skuad Harimau Muda A yang akan berlepas ke Slovakia Sabtu ini, giat menjalani latihan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam. - UTUSAN/Shaifudin Mohd Nor

PETALING JAYA - Lima pemain yang dipanggil dari Harimau Muda B, dijangka tidak mempunyai masalah dalam membentuk persefahaman dengan 20 pemain lain, walaupun hanya tinggal dua hari skuad Harimau Muda A akan berlepas ke Slovakia.

Jurulatih Harimau Muda A, Azraai Khor Abdullah berkata, lima pemain itu sebenarnya pernah bersama, semasa saingan Liga Perdana tahun lalu dan hanya dipisahkan selepas pembentukan skuad Harimau Muda A dan B.

''Lima pemain yang dipilih ini sudah memahami bagaimana cara pemain lain beraksi dan boleh membentuk persefahaman dalam tempoh yang singkat.

''Saya memanggil mereka kerana kesemuanya berbakat besar, walaupun masih berusia bawah 19 tahun.

''Di samping itu, saya yakin mereka boleh menyumbang sesuatu kepada skuad ini semasa beraksi pada liga Slovakia,'' katanya ketika ditemui di Wisma FAM, semalam.

Lima pemain skuad Harimau Muda B yang terpilih itu ialah Mohamad Fadhli Mohd Shas, Gary Steven Robbat, Mohd Fandi Othman, A Tamil Arasu dan Wan Zack Haikal Wan Noor.

Manakala lima pemain Harimau Muda A yang digugurkan ialah Mohd Nazrin Baharudin, Muhamad Zulhariz Mohd Nor ,Ahmad Aminuddin Shaharuddin, Yusaini Hafiz Chee Saad dan Mohd Shahrul Hafiz Mohd Shah.

Tiga pemain Harimau Muda A yang beraksi bersama skuad negara semasa Sukan SEA XXV Laos 2009 ialah Mohd. Muslim Ahmad, K. Gurusamy dan Mahalli Jasuli.

Azraai juga berkata, persefahaman antara 25 pemain dalam skuad tersebut umpama adik beradik dan mereka boleh diibaratkan seperti satu keluarga yang besar.

''Setelah dua tahun mereka bersama, pemain ternyata saling menghormati.

''Mereka mengetahui kekuatan dan kelemahan setiap rakan sepasukan.

''K. Gurusamy selaku ketua pasukan juga dapat memainkan peranannya, dia diterima oleh semua pemain skuad ini.

''Atas keyakinan itu, saya percaya mereka mampu beraksi dengan baik di Slovakia nanti, '' katanya.

Pad masa sama, Azraai melaungkan keyakinan pemainnya sudah bersedia untuk mengharungi cabaran pada liga di Slovakia, terutama dari aspek fizikal dan mental.

''Segala cabaran dan kesukaran sudah terangkan kepada pemain, termasuk cuaca di sana, saiz pemain di sana dan aspek pemakanan,'' ujarnya.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz5ZqqJDBsJ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sabtu, 15 Disember 2018

Harimau Muda sasar empat teratas Liga Perdana

ARKIB : 11/01/2010
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my
KUALA LUMPUR -Juara bertahan Liga Perdana, Harimau Muda mensasarkan untuk berada di kalangan empat pasukan terbaik musim ini. Jurulatihnya, Ong Kim Swee berkata, sasaran itu dilihat paling realistik memandangkan pasukan bawah 19 negara itu dibarisi oleh kebanyakan muka baru.

Jelasnya, hanya sembilan pemain dari musim lalu masih bersama skuad itu dan 21 pemain lain ialah muka baru dalam skuad berkenaan.

''Seperti mana semasa penubuhan pasukan ini pada 2008, mereka berada di pertengahan liga semasa musim pertama sebelum muncul juara pada tahun berikutnya.

''Oleh itu, berada antara empat teratas sudah boleh dikira satu kejayaan dan saya anggap tahun ini sebagai tahun pendedahan kepada Harimau Muda,'' katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Selain itu, Kim Swee menaruh harapan agar pemainnya dapat menunjukkan kematangan dan mempunyai sikap mahu menang dalam setiap perlawanan.

''Walaupun masih tiada pengalaman, namun saya mahu mereka semua dapat mengenepikan psikologi itu dan menumpukan sepenuh perhatian dalam setiap perlawanan,'' ujarnya.

Menyentuh aksi pertemuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini di Stadium Selayang, beliau menegaskan pemain-pemainnya tidak gentar dengan reputasi skuad itu yang dibarisi pemain berpengalaman seperti Khalid Jamlus dan V. Saravanan.

''Pasukan ATM boleh dianggap pasukan pilihan untuk menjuarai Liga Perdana tahun ini dan saya hormati barisan wajah baru ATM yang telah melakukan persiapan rapi dengan menjalani latihan di Australia.

''Namun, jika esok kita mampu meraih sekurang-kurangnya satu mata saya sudah anggap ia satu kejayaan namun kalau menang lagi bagus,'' katanya.

Antara pemain skuad Harimau Muda yang dijangka menyinar di mata Kim Swee ialah Mohd. Fadli Shas, Wan Zack Haikal, A. Thamil Arasu, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Fandi Othman dan Mohd. Irfan.

''Pemain-pemain ini bakal menjadi tonggak utama kepada kekuatan Harimau Muda dan saya harapkan mampu memberikan yang terbaik di samping pemain lain,'' katanya.

Tahun ini pasukan Harimau Muda bakal menjadikan Stadium Hang Tuah, Melaka sebagai gelanggang tuan rumah.



SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz5ZoAivcNO
© Utusan Melayu (M) Bhd

Jumaat, 30 November 2018

Harimau muda terlepas peluang


ARKIB : 03/10/2009
KUALA LUMPUR - Pasukan Harimau Muda melepaskan peluang terbaik untuk memenangi perlawanan pembukaan pada Kejohanan Bola Sepak Undangan Empat Negara di Laos semalam, apabila membenarkan Thailand menyamakan kedudukan pada saat akhir untuk sekadar seri 2-2.

Skuad bawah 19 negara itu mendahului 2-1 ketika perlawanan tinggal lagi seminit untuk ditamatkan, namun kesilapan penjaga gol yang terkeluar dari posisi menyebabkan Thailand berjaya menyumbat gol penyamaan lewat minit.

Walaupun seri, anak-anak buah Ong Kim Swee mempamer aksi pantas dan menghiburkan sepanjang 90 minit permainan, malah mencipta beberapa peluang cantik, termasuk rembatan yang terkena palang pada masa kecederaan.

Terdahulu, Malaysia memperoleh kedua-dua jaringannya menerusi penyerang, Mohd. Khairul Izuan Rosli dan pemain tengah, Wan Zack Haikal Wan Nor.

Perlawanan kedua negara adalah bertemu Vietnam, Ahad ini, diikuti pertemuan dengan tuan rumah Selasa depan.

Kejohanan Empat Negara, yang turut menampilkan Vietnam dan tuan rumah, Laos merupakan pertandingan Pra-Sukan SEA 2009 yang bertujuan menguji persiapan Laos untuk menganjurkan Sukan SEA, Disember ini.

Ini merupakan perlawanan pertama yang diadakan di Stadium Utama Kompleks Sukan Nasional Laos.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1003&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz5YM0qarGp
© Utusan Melayu (M) Bhd

Harimau Muda tewas tipis


 ARKIB : 10/09/2009
KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak bawah 19 tahun kebangsaan tewas 1-2 kepada kelab Honved Budapest dari Hungary dalam satu perlawanan persahabatan di sana, kelmarin.

Gol tunggal pasukan Harimau Muda itu dijaringkan oleh Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-60 manakala Honved Budapest yang turut menurunkan pemain bawah 19 menjaringkan satu gol pada setiap separuh masa permainan.

"Pemain-pemain kita membuktikan perbezaan fizikal bukan lagi penghalang besar dalam permainan bola sepak," kata jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee, dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, walaupun permainan lawan agak keras tapi pemain negara boleh mengawal dan melakukan gerakan yang tersusun untuk mencipta peluang.

"Bagi saya, perlawanan ini cukup mencabar dan menjadi pengalaman berguna untuk perlawanan seterusnya," kata Ong.

Perlawanan turut disaksikan Duta Malaysia ke Hungary, Datuk Kamilan Makson dan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad.

Ia merupakan perlawanan persahabatan kedua Harimau Muda di Hungary setelah menewaskan Slovan Levice 4-0 pada 31 Ogos lepas.

Pemain-pemain Harimau Muda seramai 26 orang kini dalam program latihan selama 18 hari yang berpusat Vion, Slovakia, sejak awal bulan ini.

Hari ini mereka akan menentang kelab Spartak Trnava dari Slovakia. - BERNAMA
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0910&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz5YLeRuNgY
© Utusan Melayu (M) Bhd

Khamis, 12 Julai 2018

FELDA tak terjejas tanpa Wan Zack


Rodly Fadly
sukanteam@nstp.com.my
 
PEMAIN sayap FELDA United, Wan Zack Haikal Wan Nor yakin pasukan itu tidak akan pincang sekalipun tanpa kelibatnya apabila berdepan UKM FC di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam esok.

Wan Zack yang tidak dapat diturunkan kerana menjalani penggantungan satu perlawanan selepas menerima kad merah ketika seri 2-2 dengan Johor Darul Ta’zim II (JDT II), 27 Jun lalu berkata, FELDA memiliki ramai pemain yang mampu menampung kekosongan itu.

“Memang agak mengecewakan apabila sekadar menjadi penonton malam esok. Tapi, saya yakin ia bukan masalah besar kepada FELDA kerana ramai pemain boleh mengisi tempat saya,” kata Wan Zack.

“Kelebihan FELDA musim ini adalah kami mempunyai kelompok pemain yang memiliki kemampuan seimbang sama ada kesebelasan utama mahupun simpanan.

“Jadi, bila ada masalah kecederaan atau penggantungan, ia tidak menjejaskan pasukan. Siapa pun yang diturunkan, ia mampu meneruskan rentak dan prestasi pasukan.”

Menurut Wan Zack, apa yang penting adalah The Fighters terus fokus bagi memastikan kejuaraan Liga Perdana yang semakin hampir dalam genggaman tidak terlepas pada saat-saat akhir.

Skuad bimbingan B Sathianathan itu kini selesa menerajui carta liga dengan 37 mata, berkelebihan sembilan mata ke atas pencabar terdekat, FELCRA FC namun Wan Zack menganggap itu belum selamat memandangkan pertandingan masih berbaki empat perlawanan.

“Kami tidak perlu memikirkan berapa mata lagi diperlukan untuk muncul juara. Apa yang penting adalah terus fokus untuk menang setiap perlawanan seperti kami lakukan sebelum ini. Ia tidak terkecuali perlawanan malam esok yang mana tiga mata menjadi sasaran FELDA.

Namun, ia bukan perlawanan mudah kerana UKM juga sedang menunjukkan peningkatan walaupun kini berada pada kelompok bawahan liga,” kata pemain kebangsaan itu.

SUBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Julai 2018 @ 2:34 PM