ARKIB :
06/04/2011
Pemain Harimau
Muda A, Wan Zack Haikal Wan Nor menanduk keluar bola dalam perlawanan Liga Super
menentang Selangor di Shah Alam, malam tadi.
KUALA LUMPUR -
Aksi cemerlang Selangor menewaskan skuad Harimau Muda A 2-1 dalam Liga Super,
semalam membolehkan pasukan bimbingan K. Devan memintas Kelantan di tangga
teratas liga dengan 20 mata.
Selangor bangkit
pada babak kedua perlawanan selepas ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama
hasil jaringan pemain pertahanan Harimau Muda A, Mohd. Fandi Othman minit ke-6
manakala dua gol skuad Reds Giant diperoleh melalui Mohd. Asraruddin Putra Omar
minit ke-80 dan gol kemenangan Mohd. Amirulhadi Zainal minit ke-84.
Dalam pada
itu, aksi konsisten Perak pada musim ini dengan status tanpa kalah dalam
sembilan perlawanan memberi kelebihan kepada skuad itu untuk berada di tangga
kedua liga selepas memperoleh kemenangan 2-1 menewaskan Perlis di laman
sendiri.
Di Stadium
Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Red Warrios terpaksa akur dengan kekalahan di
tempat lawan selepas ditundukkan oleh T-Team 4-3.
Pada aksi di
Stadium Darul Aman, Kedah gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di tempat
sendiri apabila kecundang kepada Johor FC dengan keputusan 1-2.
Keputusan-keputusan
lain semalam menyaksikan Negeri Sembilan tewas 0-1 kepada Kuala Lumpur manakala
Felda United sekadar mengutip satu mata selepas seri 1-1 kepada Sabah.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0406&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_11.htm#ixzz5e0GNraaH
© Utusan
Melayu (M) Bhd