ARKIB : 15/03/2010
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my
KUALA LUMPUR - Sudahlah status
perlawanan masih dipertikaikan, sentuhan kecundang (0-3) pula terus menimpa
Harimau Muda A dalam aksi ketiga menentang MFK Zemplin Michalovce, kelmarin.
Skuad bawah 21 tahun Malaysia itu
hanya menyerah dengan atur gerak sepakan sudut lawan dalam perlawanan bola
sepak Liga 1 Slovakia.
Jurulatih Harimau Muda A, Azraai
Khor Abdullah bagaimanapun mendakwa, keputusan itu mampu dielak atau diperbaiki
anak buahnya sehingga mampu meraih seri jika mereka mengekalkan tumpuan
sepanjang 90 minit permainan.
"Sebenarnya gol yang
dijaringkan lawan pada minit ke-44, 70 dan 90 masih boleh dielak jika pemain
sentiasa mengekalkan fokus. Hanya menerusi sepakan sudut, lawan beroleh gol
yang turut dibantu oleh ketinggian tubuh mereka.
"Kami bermain dalam keadaan
padang astroturf dan cuaca yang bersalji tebal tetapi corak permainan kali ini lebih
mantap dan bertenaga. Perlawanan ini nyaris ditunda kerana keadaan itu mujurlah
timbunan salji berjaya dibersihkan," katanya menerusi laman sosial,
Facebook.
Kelmarin, Harimau Muda A
menurunkan kesebelasan utama seperti Zamir Selamat, Mahalli Jasuli, Muslim
Ahmad, Faizal Mohamad, Nazri Ahmad, Wan Zack Haikal Wan Nor, Shukur Jusoh, Gary
Steven Robbat, K. Ravindran, A. Thamil Arasu dan S. Sivanesan.
Dua perlawanan pada 27 Februari
dan 6 Mac lalu menyaksikan anak buah Azraai kecundang 1-4 dan 0-2 kepada Slovan
Duslo Sala dan MFK Ruzemberok B dengan Wan Zack Haikal muncul penjaring
tunggalnya.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz5a2PLLLnX
© Utusan Melayu (M) Bhd